BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 16 Jun 2011

Tazkirah Jumaat

Assalammualaikum w.b.t....
Syukur ke hadrat Rabbul Alamin pencipta kita kerana pagi ini, kita masih mampu melihat wajah kedua ibu bapa kita,kakak,abang,adik...bagi ibu bapa pula masih dapat melihat wajah anak-anak yang tersayang..di sekolah kita bersyukur kerana masih mampu melihat kegembiraan guru-guru dan rakan-rakan sekalian...Alhamdulillah.....
di bawah ini muallim titipkan sedikit ilmu berkaitan Alhamdulillah..
: “Bersyukur” terutama selepas makan dan minum
Bersyukur atau ucapan “Alhamdulilah” adalah satu ucapan yang paling ringan di bibir, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti.
Sebuah Hadis yang bermaksud : ” ..Dan zikir Alhamdulilah memenuhi (memberatkan) timbangan, dan zikir Subhanallah dan Alhamdulilah , keduanya memenuhi ruang yang ada di langit dan di bumi..”
(HR: Imam Muslim)
Memanglah susah untuk mendapatkan amalan yang mudah dan ringan untuk dibuat, tetapi timbangannya memenuhi dan memberatkan timbangan pahala di Akhirat seperti zikir “Alhamdulillah”.
Kerana kehebatan zikir “Alhamdulilah” inilah, Allah SWT meletakkannya sebagai bacaan yang awal dalam surah AlFatihah yang juga digelar “Ummul Kitab” atau “Ibu AlQuran” yang wajib dibaca dalam apa jua solat yang hendak ditunaikan!
Sekarang mari kita lihat pula kelebihannya zikir “Alhamdulilah” ini dibaca setiap kali selepas makan dan minum.
1. Orang yang makan sesuap dan minum seteguk air dan mengucapkan “Alhamdulilah” Allah akan meredhai-NYa
2. Orang yang Allah redha akan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh di Akhirat kelak
3. Orang2 itu juga mendapat tempat yang tinggi dan mulia di Hari Kiamat
4. Dan barangsiapa membaca doa selepas makan akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang telah lalu
Dari itu marilah kita bertanya kepada diri masing2 adakah kita mengucapkan “Alhamdulilah” setiap kali selepas makan dan minum, doa sebelum makan memang ramai yang baca tapi bila dah kenyang ..lupa nak baca doa selepas makan ye.
Sebab itulah kadangkala kita lihat amalan2 tertentu itu walaupun kelihatannya mudah, tetapi jika tidak mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, maka perkara mudah pun akan menjadi payah, dan mudah pula dilupakan.
Jadi kesimpulnya marilah kita bersama2 mengamalkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. Untuk beroleh keredhoan Allah.
Wassalam
Alhamdulillah aku masih bernafas..
Alhamdulillah aku masih segalanya yang kumiliki semalam..
Alhamdulillah aku mampu berjalan..
Alhamdulillah aku mampu tersenyum..
Alhamdulillah.....................

0 ulasan:

blog jQAF SK Kubu