BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 Mei 2011

Taklimat Pelaksanaan Program j-QAF kepada Guru Penyelaras 2011

Isnin 23 Mac 2011-Taklimat pelaporan j-QAF telah diadakan di Bilik Kesidang JPN Melaka bermula jam 2.30 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh Ustazah Norhashima bt. Hj.Ramli dan menurut beliau hasil dari taklimat tesebut format pelaporan pada kali ini telahpun diperbaharui sekali lagi. Namun kami yakin segala pembaharuan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anak didik.

Imam Muda 2011 akan kembali lagi pada Julai 2011!!!

Selasa-25 Mei 2011 Selamat menjawab peperiksaan kepada semua murid SK Kubu dan kami para guru mendoakan semua murid agar beroleh kejayaan..InsyALLAH...
Berbalik kepada headline kita di atas sukacita dimaklumkan rancangan realiti sekolah kita iaitu Imam Muda Junior akan kembali lagi pada Julai yang akan datang dengan perancangan yang lebih mantap dan padat dan bukan itu sahaja program ini akan ustaz rakam seperti dalam rancangan Imam Muda yang sebenar!!! Pasti seronok dan adik-adik jangan ketingalan untuk menyertainya...dan insyAllah program ini akan terbahagi kepada Imam Muda Junior untuk murid lelaki dan Muslimah Junior Unggul untuk murid perempuan..jadi nantikan yerk!!!

blog jQAF SK Kubu