Rabu, 24 Ogos 2011
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN
Khamis, 16 Jun 2011
Tazkirah Jumaat
Assalammualaikum w.b.t....
Syukur ke hadrat Rabbul Alamin pencipta kita kerana pagi ini, kita masih mampu melihat wajah kedua ibu bapa kita,kakak,abang,adik...bagi ibu bapa pula masih dapat melihat wajah anak-anak yang tersayang..di sekolah kita bersyukur kerana masih mampu melihat kegembiraan guru-guru dan rakan-rakan sekalian...Alhamdulillah.....
di bawah ini muallim titipkan sedikit ilmu berkaitan Alhamdulillah..
: “Bersyukur” terutama selepas makan dan minum
Bersyukur atau ucapan “Alhamdulilah” adalah satu ucapan yang paling ringan di bibir, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti.
Sebuah Hadis yang bermaksud : ” ..Dan zikir Alhamdulilah memenuhi (memberatkan) timbangan, dan zikir Subhanallah dan Alhamdulilah , keduanya memenuhi ruang yang ada di langit dan di bumi..”
(HR: Imam Muslim)
Memanglah susah untuk mendapatkan amalan yang mudah dan ringan untuk dibuat, tetapi timbangannya memenuhi dan memberatkan timbangan pahala di Akhirat seperti zikir “Alhamdulillah”.
Kerana kehebatan zikir “Alhamdulilah” inilah, Allah SWT meletakkannya sebagai bacaan yang awal dalam surah AlFatihah yang juga digelar “Ummul Kitab” atau “Ibu AlQuran” yang wajib dibaca dalam apa jua solat yang hendak ditunaikan!
Sekarang mari kita lihat pula kelebihannya zikir “Alhamdulilah” ini dibaca setiap kali selepas makan dan minum.
1. Orang yang makan sesuap dan minum seteguk air dan mengucapkan “Alhamdulilah” Allah akan meredhai-NYa
2. Orang yang Allah redha akan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh di Akhirat kelak
3. Orang2 itu juga mendapat tempat yang tinggi dan mulia di Hari Kiamat
4. Dan barangsiapa membaca doa selepas makan akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang telah lalu
Dari itu marilah kita bertanya kepada diri masing2 adakah kita mengucapkan “Alhamdulilah” setiap kali selepas makan dan minum, doa sebelum makan memang ramai yang baca tapi bila dah kenyang ..lupa nak baca doa selepas makan ye.
Sebab itulah kadangkala kita lihat amalan2 tertentu itu walaupun kelihatannya mudah, tetapi jika tidak mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, maka perkara mudah pun akan menjadi payah, dan mudah pula dilupakan.
Jadi kesimpulnya marilah kita bersama2 mengamalkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. Untuk beroleh keredhoan Allah.
Wassalam
Alhamdulillah aku masih bernafas..
Alhamdulillah aku masih segalanya yang kumiliki semalam..
Alhamdulillah aku mampu berjalan..
Alhamdulillah aku mampu tersenyum..
Alhamdulillah.....................
Isnin, 13 Jun 2011
MENGAPA PENGGUNAAN LEMAK BABI (PIG FAT) TIDAK DIBERITAHU KEPADA PENGGUNA TETAPI HANYA KOD (E) DICETAK?
Pastikan makanan kita halal..
Sedar x kenapa kita cepat lupa,anak-anak perangai semakin menyakitkan hati...cuba check semula apa makanan segera atau yang terdapat di kedai yang anak kita beli@kita belikan..ada sumber haram yang dilindungi kod dan x didedahkan pada pengguna....iaitu lemak babi dan unsur2 nya...
Kenapa lemak babi meluas digunakan?
Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.
Apa nama lain bagi lemak babi?
- Kadang2 untuk mengaburi mata kita, nama "lemak haiwan" digunakan. Walaupun ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi.
- Emulsifier - secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.
Di bawah ni adalah senarai2 kod lemak babi dalam produk @ makanan kita. Kalo korang nampak kod nie kat senarai kandungan tu, baik elakkan dan jangan beli.
Isnin, 23 Mei 2011
Taklimat Pelaksanaan Program j-QAF kepada Guru Penyelaras 2011
Isnin 23 Mac 2011-Taklimat pelaporan j-QAF telah diadakan di Bilik Kesidang JPN Melaka bermula jam 2.30 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh Ustazah Norhashima bt. Hj.Ramli dan menurut beliau hasil dari taklimat tesebut format pelaporan pada kali ini telahpun diperbaharui sekali lagi. Namun kami yakin segala pembaharuan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anak didik.
Imam Muda 2011 akan kembali lagi pada Julai 2011!!!
Selasa-25 Mei 2011 Selamat menjawab peperiksaan kepada semua murid SK Kubu dan kami para guru mendoakan semua murid agar beroleh kejayaan..InsyALLAH...
Berbalik kepada headline kita di atas sukacita dimaklumkan rancangan realiti sekolah kita iaitu Imam Muda Junior akan kembali lagi pada Julai yang akan datang dengan perancangan yang lebih mantap dan padat dan bukan itu sahaja program ini akan ustaz rakam seperti dalam rancangan Imam Muda yang sebenar!!! Pasti seronok dan adik-adik jangan ketingalan untuk menyertainya...dan insyAllah program ini akan terbahagi kepada Imam Muda Junior untuk murid lelaki dan Muslimah Junior Unggul untuk murid perempuan..jadi nantikan yerk!!!
Khamis, 16 September 2010
Selamat Kembali Ke Sekolah!! salam aidilfitri
salam pada semua selamat kembali ke sekolah kepada semua warga Kubu!!!